Gagal adalah sesuatu perkara yang semua orang rasa... Seperti setiap
kali kita menyarung pakaian... Ia adalah pengalaman manusia... Ada
orang yang mampu menangani kegagalan dengan baik, ada yang tidak...
Kenapa? Bagaimana sesetengah orang itu begitu berjaya setelah bangkit
dari satu kegagalan yang amat memeritkan....
Kita tidak
menganggap ianya satu kegagalan yang mutlak... Kegagalan bagi kita
bukan kerana kelemahan diri atau kerana kekurangan sifat pada diri
sendiri... Tetapi kita memikirkan ‘ setidak-tidaknya kita mencuba ’...
Orang yang bersungguh-sungguh mengejar impian juga sering kecundang di
pertengahan jalan, tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan kerana
menganggap ianya sebagai sebahagian dari cabaran yang harus di
tempuhi... Kita tidak akan bersedih atau kecewa dengan kegagalan
tersebut, tetapi terus berfikir menilai semula strategi yang harus di
ambil dan mencuba lagi... Kali kedua gagal, kita tidak akan merasa susah
hati malah penuh keyakinan kerana kita akan terus mencuba lagi dan
lagi sehingga berjaya....
Kita menggunakan kegagalan itu
sebagai satu pengalaman yang amat berharga... Menganalisa apa yang
telah berlaku, di mana silapnya dan kenapa... Apa yang boleh di lakukan
untuk membetulkan kesilapan itu dan melakukannya secara berbeza pula
untuk percubaan yang seterusnya... Dengan menggunakan pengalaman
kegagalan sebagai sempadan, kita setidak-tidaknya menghindar dari
mengulangi kesilapan yang sama....
Kadang kala kita gagal
bersebab... Mungkin kerana hati kita tidak bersungguh-sungguh, maka
usaha yang kita laksanakan juga tidak 100%... Mungkin juga kerana
percaya bahawa diri tidak mampu untuk mencapai kejayaan tersebut... Dan
kadang kala juga ianya bukanlah peluang yang baik... Secara umumnya,
apabila kita gagal ada sebabnya... Nilaikan dan timbangkan sebabnya
kenapa... Carilah peluang baru dan pengalaman yang lepas akan membantu
kita memilih peluang yang lebih baik dan lebih sesuai...
Bersyukurlah
kerana di anugerahkan pengalaman tersebut... Besar kesannya ke atas
emosi dan jiwa bila kita bersyukur di atas pengalaman kegagalan
tersebut yang mana mampu membantu kita maju bertapak-tapak ke
hadapan... Kadang kala menulis dan meluahkan apa yang tersirat dalam
dada dapat membantu melapangkan dada, menaikkan semangat dan dapat
menukar kegagalan kepada pengalaman yang berharga kepada diri sendiri...
Kegagalan
itu berlaku kepada sesiapa sahaja... Jangan ragu-ragu untuk meminta
pertolongan dan nasihat dari yang lebih arif... Kerana mereka yang
lebih dulu makan garam tidak akan mensia-siakan harapan kita... Orang
yang telah berjaya sebenarnya sudah melalui pelbagai siri kegagalan
sebelum mereka mengecap kemanisan sebuah kejayaan... Oleh itu janganlah
berputus asa hanyalah kita gagal sekali sahaja...
Seperti
kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain, mereka jatuh dan
terluka... Tetapi mereka tetap tidak serik berlari dan bermain lagi
kerana mereka hanya fokus kepada keseronokan bermain itu... Mereka sudah
lupa akan kesakitan yang sementara semasa jatuh... Jadilah seperti
itu... Jangan takut untuk jatuh, terluka dan sakit... Kemudian bangkit
kembali untuk terus mengejar impian yang masih jauh untuk di gapai....
Ketawakan
diri sendiri... Kita semua membuat kesilapan dan barang siapa yang
mampu mentertawakan diri sendiri dek kebodohan dan kesilapan yang di
lakukan adalah mereka yang cepat sembuh dari kekecewaan kerana
kegagalan itu... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan... Terimalah
ianya sebagaimana anda menerima kejayaan... Belajarlah darinya,
anggaplah ianya sebagai sebahagian dari pengajaran dan kesempatan untuk
menambahbaikkan diri...
Ingatlah... Kegagalan adalah
sebahagian dari kehidupan ini... Semua orang akan merasai kegagalan
dalam kehidupan masing-masing... Tiada ada sesiapa pun yang
terkecuali... Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment