Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, kedua-duanya bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana
mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas
saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak
merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah
itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh
seseorang tu..
Saya memintas, Tak faham..
Mak menyambung
Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha
Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia
telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara
seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan
magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan
gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah
tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
Kakak,
mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar
surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak
halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan
kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin,
adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu
tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta
dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak
pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
Mak
memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil
memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak
tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan
tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak
yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi
dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
Mak
anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya
pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan
sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila
di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej
agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..
Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung
betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian
kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua
dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung
sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak
melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara
persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia
suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan
pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit
semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
Mungkin
kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak..
Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul
sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak
ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak
membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di
muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap
orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang
buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil
ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh
cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu
tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang
yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena
ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan
berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah
dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci
itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba
air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh
nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri..
Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan
milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.
Dalam
Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain
seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin.
Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,
kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara
kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..
Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha
Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi
di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan
berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki
lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada
orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh
cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau
pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita
mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala
perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana
mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri
tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
Kakak..
Hatikita
ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita
tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. .
Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia
pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati
kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia
menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat
bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari
bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan
lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta
Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
Redha
Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati
yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang
kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak,
lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup
dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan
yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan
yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada
kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian
Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya
turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
REMAJA MASJID Siri Baitul Muslim: Hatimu untuk siapa..??
renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment