Saturday 5 November 2011

BERFIKIRAN POSITIF…..

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba untuk mendaki. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.

Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata; “Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka Tidak akan mampu sampai ke puncak.” …Menaranya terlalu tinggi…!!”

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan satu persatu, kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak “Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!” Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah, tapi ada seekor katak kecil yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi, dia tidak mahu menyerah kalah!

Katak kecil yang begitu bersemangat itu menjadi satu-satunya yang berjaya sampai KE PUNCAK! Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata… Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!! Emm adakah katak kecil ini berjaya disebabkan dia tuli dan kurang upaya ?

Sebenarnya tidak, katak kecil ini bukannya tuli kerana tidak mampu untuk mendengar sebaliknya dia menulikan telinganya dari mendengar suara-suara dari persekitarannya.

Jadi jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif, kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu! Jadi langkah terbaik ialah bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa kamu tidak boleh mencipta kejayaan dan mencapai cita-citamu!

Sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ” kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menanggis dan tertanya-tanya ke manakah hilangnya sinar mentari, rupa-rupanya ALLAH mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah “.
   katak oh katak... =
 

No comments:

Post a Comment