Saturday 5 November 2011

Mengapa Aku Menangis

~ Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang.. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

~ Membunuh Bakteri
Tak perlu ubat mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteri semulajadi.. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.


~ Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis akan dapat menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.. Air mata yang dihasilkan dari tiap tangisan kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meneutralkan sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


~ Mengeluarkan Racun.
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana gangguan emosi ternyata mengandungi racun.. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya bersama aliran air mata.


~ Mengurangkan Tekanan.
Bagaimana menangis dapat mengurangkan tekanan.? Air mata ternyata dapat mengeluarkan hormon tekanan yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan emosi seperti tekanan darah tinggi.


~ Menggalakkan komunikasi.
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga bisa membantu seseorang  berkomunikasi.. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang dapat membantu memberikannya sokongan moral, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

~ Melegakan Perasaan.
Semua orang rasanya merasakan sedemikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan ujian, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

sumber :
http://wihans.web.id/ratna-fungsi-airmata
http://kajianmuslimah.wordpress.com/2008/03/24/air-mata-dan-manfaatnya/

No comments:

Post a Comment