Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat
menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan
yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya
setelah bernikah.
Cinta itu ibarat pohon.Akarnya
tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun
akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan
pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan
perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi
yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu
sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang
menganggu.
Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…
Jam 8.00 malam
‘Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’
‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.
‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik
Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa.
Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit
juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..
Detik-detik
ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang
memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia
yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja
besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih
sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti
keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan
harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan,
tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan
marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….
Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah
“Assalamualaikum!’ sapa
satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu.
Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di
hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah
gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan
sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas
kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata
apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan
akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.
‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.
‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.
Aduhai…
Sahabat-sahabat
yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka
suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat.
Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.
Di malam
akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak
elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya
keesokan harinya.
Di saat itu dia masih membayangkan wajah
suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh
ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.
Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali......
Dia
masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga
dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada
manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya.
Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah
mempertimbangkannya sejak sekian lama.
Dia sangat mahukan
pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya
itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih
dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia,
hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan
kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…
‘Iffah
sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya
(perkahwinannya) pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan
hidupnya membuktikan sedalam mana kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.
Memasuki
alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah
bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh
struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke
atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi
kekuatan pendukungnya yang lain.
Dan semenjak hari itu,setiap
detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh
bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring
makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang
gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir
tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci
hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada
detik pernikahan itu sendiri.
Perbincangan mereka
awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di
‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.
ustaz….Ukhti…
Entah
di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak
nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian
berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang
pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la
didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini
insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah
berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata
masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu
sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang
menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan
yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah
meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah
di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas
tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….
Perbincangan
sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk
menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah
beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan
hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga
email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain.
Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun
akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat
icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun
tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku
pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah
mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.
Thariq zayyad : ok, undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaAllah. . wassalam..
Thariq :wslm wr wbt..
Mungkin
berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang
sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam,
tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan
dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah.
Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan
berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka
dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai
oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.
Alhamdulillah,
Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat
menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya
sering dianggap hebat dan cukup tsiqah (baca : dihormati) tetapi kalah
pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!
Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.
Kita
membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin
selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah
yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita
di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita
semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran
selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari
syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita
perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin
komitmen dengan pasangan hidup kita…
Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…
Akhirnya,
segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan
fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan
kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata
mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa
cintaNya dan cinta kepadaNya….
kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..
Azan
subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari
masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam
kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.
Baru
aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam.
Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap
wajahmu duhai kekasih?
Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..
Alhamdullillah,
kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang
hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat
mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku.
Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak
saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu
menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak
pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima
seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan
insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga.
Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!
Mulai
detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan
yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu
benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan
Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu,
akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke
langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan
kepada sepasang jiwa.
Benarlah… nyata pernikahan juga
memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang
saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada
penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan,
banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus
diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti
antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang
yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak
percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir
hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah
kita dengan jiwa yang jernih…
Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….
‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’
www.iluvislam.com
Oleh : umar al-mujahid
No comments:
Post a Comment