Friday 4 November 2011

~HARI INI~

hari ini tiada siapa dapat menduga
anak-anak desa merubah suasana
hari ini kita tidak lagi benar
dalam membenar masa depan manusia
atau meramalkan kehidupan anak-anak kita
kerana dunia tidak lagi jauh untuk didekatkan
hari ini kita berada di kampung dunia
entah esok si miskin akan menjadi jutawan
mereka dinobat sebagai pahlawan
setelah mengalahkan kawan
di arena petjuangan
lalu mreka diangkat jadi menteri
kerana dinilai dan dikata
memiliki kecekapan peribadi

hari ini wajah dunia berubah
sesiapa pun tidak menafsir
erti kehidupan yang dilanda pelbagai anasir
kerana kehidupasatu perjudian
bukan mustahil dari hamba jadi tuan
apabila memiliki kuasa dan kekuatan
dan mampu mengatasi segala ilmu kekebalan
hari ini kita harus memakai baju baru
keana kita berada di atas polo-polo kecepatan

hari ini anak-anak desa
dapat mengalakkan anak-anak kota
dalam pelbagai bidang ilmu dan teknologi
mereka dapat merubah konvensi
bahawa desa bukan lagi ketinggalan dari segi
hari ini kita harus bersikap baru
mampu melihat dunia dan persekitaran
dengan pandangan baru
melangsungkan tugas dan amanah Tuhan
dengan bijaksana berhemah tinggi

hari ini biar bagaimana rupa perjuangan
demi profil yang tercipta
jangan lupa asal keturunan
kerana penting penuhi tanggungjawab
sebagai pemimpin jujur dan benar
pada bangsa sesama
hari ini jika anda tiba-tiba mnjadi jutawan
jadilah hartwan jujur
pada diri pada Tuhan
kerana kita adalah hartanya
yang dihantar ke desa dunia ini
demi kemanusiaan seluruhnya

oleh A.r.a

No comments:

Post a Comment