'' Sesungguhnya Alah mengetahui apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala isi hati.'' ( surah Fatir:ayat 38)
Jgn sekalipun kita menganggap diri kita lebih hebat dr teman yg lain. Apalagi tidak mahu pula berkumpul bersama teman2 yg belum begitu mengenal Islam yg cuba kita sampaikan,kononnya tidak setaraf. Bukankah kita sudah diingatkan Allah :
''Maka jgnlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui ttg org yg bertaqwa.'' ( surah An- Najm: ayat 32)
Teringat pula kata seorg guru, mereka yg merasa paling suci, dialah sebenarnya yg benar2 gila! Ya memang gilakan?! Siapakah org gila sebenarnya? Ini termasuk aktivis dakwah yg sombong dan bongkak @ takbur, yg suka memandang rendah org lain. Ingat jgn mudah merendahkan org lain!
Kawan, majnun @ org gila berasal dr kata akar janna yg ertinya menutupi. Dia masih mempunyai akal, tetapi akalnya sudah tidak dpt menerangi perilakunya. Dalam pengertian inilah Nabi s.a.w menyebut org yg takbur sebagai majnun. Hati2 jgn sampai kita jd aktivis dakwah gila @ ustaz- ustazah gila, apalagi murabbi @ murabbiyah gila. Nanti bagaimana nasib penuntut kita. Boleh jadi gila semua. Kita akan masuk dlm golongan takabur, kalau kita tidak mahu menerima sesuatu kebenaran krn yg menyampaikannya rakyat kecil, bawahan, karyawan @ org miskin.
Apakah kita tidak mendengar nasihat dr anak @ isteri kita krn kita menganggap mrk lebih rendah dari kita? Apakah kita tidak mahu mendengar pandangan dr org Islam yg fahamannya berbeza dgn kita krn menganggap mrk sesat dan kita berada di jln yg paling benar? Adakah sememangnya syurga itu mahu dihuni seorg diri? Lalu apakah tanpa rasa bersalah dan mudah sekali kita mengeluarkan kata- kata bidaah bagi semua yg tidak bersefahaman dan tidak selairan dgn kita?
Berhati- hatilah membuat tuduhan. Takut- takut nanti kita sebenarnya yg membuat bidaah krn Rasulullah s.a.w tidak pernah membidaah- bidaahkan sahabatnya yg mengerjakan suatu ibadah yg belum diajarkan oleh Baginda. Begitu juga kalau kita mempunyai hubungan dekat dgn org kenamaan, kita ingin diperlakukan sebagai org yg istimewa dan hukum apa pun tidak boleh berlaku kpd kita. Itu juga gila.
Bila kita merasa lebih dalam berilmu, kita mudah meremehkan org yg dianggap bodoh. Kita mengecam mereka. Kita tertawakan kejahilan mereka. Kalau ilmu yg dimiliki itu ilmu agama, kita berikan gelar- gelar yg buruk kpd org yg tidak sefahaman dgn kita. Kita mrasa diri sebagai kamus agama yg sedang berjalan, yg semua org patut merujuk kpd kita. Ada waktunya tanpa sedar kita khususkan Syurga utk kelompok sendiri dan Neraka bagi kelompok yg lain. Kita sahkan semua ibadah sendiri dan kita batalkan ibadah yg lain. Astaghfirullah...Engkau Ampunilah keterlanjuran kami ya Allah...
Tidak sedikit jua yg merasa diri ahli ibadah, merasa diri yg paling soleh di antara seluruh makhluk di bumi ini. Kita sombong dgn solat malam kita, kita bangga dgn bacaan al- Quran kita, kita tinggi hati dgn haji dan umrah kita. Kemudian kita merasa puas dgn ibadah kita dan lupa perihal akhlak kita di tengah- tengah masyarakat. Kita begitu puas dengan puasa kita sehingga kita lupa pd fakir miskin di sekitar kita. Kita begitu senang dgn solat sendiri sehingga kita alpa dan abai memperbaiki akhlak. Kita lupa kalau org yg kita tegur di depan umum itu, boleh meronta kesakitan hatinya kerana dia juga manusia yg masih memiliki perasaan, lain dgn kita yg sudha tidak punya perasaan, dan tidak punya belas kasihan kerana kita yg begini telah terglong dalam golongan gila!
Sekali lagi, ayuh bagi yg telah bermuhasabah diri dan merasakan dirinya seperti yg tertera di atas, marilah beristighfar..Astaghfirullah..Astaghfirullah...Astaghfirullah...
''Ya Allah hindarkanlah kami dr menjadi org yg alim di sisi manusia, tetapi dipandang hina di sisiMu.."
- Petikan dari buku Cuba Try Cinta karya Abban Lo'baw.
Sharing drpd Ainaa'ul Mardhiyah Hurriyatul Jannah , 22hb Januari 2011; 9.26 pagi
No comments:
Post a Comment