NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
Qurban Wajib dan Qurban Nazar :
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka
hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang
berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu
maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia
menyembelih semula yang lain.
Qurban Sunat :
Bagi
daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban
memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam
Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya
dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib
disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada
golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi
basah (belum dimasak).
Adalah Afdhal jika yang empunya
korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan
manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang
disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh
menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain
dan sebagainya.
Jika daging korban itu ialah korban
disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak
boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan
tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual
daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada
binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam : Maksudnya:
"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah
kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan
sedekah atau hadiah
No comments:
Post a Comment