Wednesday, 9 November 2011

*PESANAN SEORANG IBU*

Wahai petera..wahai puteri ku
Dengarlah ini pesanan ibu
Jadikan sinar penerang hidupmu
Disaat hatimu dalam keliru

Fkir itu mutiara hati
Buat yang baik sesama insani
Tinggalkan yang keji pasti tak rugi
Juga tak kesal kemudian hari

Jika berkawan harus waspada
Kaji dahulu latar belakangnya
Berbuat baik berpada-pada
Musuh pula jangan diterpa

Hidup ini banyak godaan
Jangan tersilap memilih jalan
Ilmu dunia harus didapatkan
Akhirat pula jangan diabaikan

Putera puteri ku insan tersayang
Ibu hanya beri pedoman
Kuatkan iman hadapi cabaran..
Semoga menjadi insan cemerlang
==sj=9,11.2011

No comments:

Post a Comment