Wednesday 9 November 2011

~~WAJAH SELEMBUT CAHAYA BULAN~~

Dulu....
waktu berkasih sayang
aku suka melamun bulan
kerana cahayanya menerangi hatiku
cahayanya menjelma ditengah malam
adakala selepas senja
adakala waktu fajar menyingsing

selembut cahaya bulan adalah teman
temput ku berhibur
tempat ku bermanja
tempat ku meluahkan rasa

kini....
sang bulan bukan miliki ku
mencintai bukan bererti menyentuh jiwa kecewa
mencintainya adalah keindahan sufi jiwanya

wajah ini bukan miliki ku
hanya pinjaman menguris hatinya kusut
hanya pinjaman membakar darah mendidih
hanya pinjaman renung gambar sebelum terlena

wajah ini kesepian tanpa aku
walaupun nampak senyum
dalaman merontah tertekan
bagai bulan hendak terbelah dua.

wajah selembut bulan tak kelihatan lagi.......sirnalah dia dari pandangan
oktober indah

No comments:

Post a Comment