Tuesday, 1 November 2011

PETUA UNTUK MERAWAT MIGRAIN

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening, muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i) KETURUNAN



Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) PEMAKANAN


Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) DIET


Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) HORMON


Turun naik hormon wanita, estrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) MENGANDUNG


Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) HAID


Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid.

ix) PIL PERANCANG


Ada pil perancang yang mengandungi estrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x ) MENOPAUSE


HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk estrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi) TIDUR


Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) PEMAKANAN YANG TIDAK TERATUR

xiii) UBAT


Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) PENYEBAB LAIN :


- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok.

TIPS :

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperrti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.


PETUA TRADISIONAL :

Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

DOA :

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa'


Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.



No comments:

Post a Comment