Merokok meningkatkan risiko sehingga
10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser
paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.
Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
MENGAPA HARUS BERHENTI MEROKOK?
Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:
• Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
• Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
• Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
• Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
• Mendapat asma.
APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
•
Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan
penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat
Malaysia setiap tahun.
•
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir
4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
•
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan
merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang
kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara
penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
•
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat
batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan
perokok.
•
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila
anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana
asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain
penyakit berkaitan dengan pernafasan.
• Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
• Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
• Meningkatkan deria bau dan rasa.
• Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
• Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
•
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda
melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun
simpanan anda).
• Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
• Meningkatkan kesuburan.
• Meningkatkan tahap 'kelelakian'.
BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?
Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
• Tetapkan tarikh untuk berhenti.
• Yakin diri.
• Buatkan nota peringatan.
• Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
• Sentiasa berfikiran positif.
• Dapatkan sokongan.
• Gunakan terapi penganti nikotin.
1. Melengah-lengah
Lengahkan
tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan
mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus,
tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini
kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah
air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam.
Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini
biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah
sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya
bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik,
membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah
sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya.
Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
No comments:
Post a Comment