Rahsia Solat Di Awal Waktu ( baca, amal dan sebarkan..)
Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai
contoh, pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka
yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan
solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu
itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh
tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka
yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq &
Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini
mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang
selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian warna alam
akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan
di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka
yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo
dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan
sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan
sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas
perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem
tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang
sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi
amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment