Assalamualaikum…
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat
Islam yang ingin menjaga IMAN mereka. Janganlah menggoda atau
termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu
terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :
Ertinya
: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka
pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan
maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat,
rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga,
serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu
tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Tidak takutkah anda bila mendengar hadis ini???
Ke mana perginya rasa malumu wahai Wanita??
Perlukah gambar2 yang seksi2 engkau pamerkan dalam facebook anda??
Untuk apakah gambar2 sedemikian engkau pamerkan wahai saudari2 seagama denganku…???
Tidak
malukah engkau dengan kaum2 Adam bila berpakaian begitu??? Sedangkan
kaum Adam sendiri rasa malu bila berpakaian sebegitu…(Malunya aku bila
pakai seluar pendek)
| Terkilan |
Ermmm..... Aku malu
dengan anak2 melayu zaman sekarang yang telah hilang rasa malunya… yang
tanpa segan silunya mempamerkan tubuh badannya kepada khalayak ramai..
:(
Timbul persoalan dalam benakku..
Apa aku nak jawab bila bangsa dan agama lain tanya aku soalan seperti ini:-
*Begitukah cara pakaian orang ISLAM? (dalam hati mereka berkata, kalau mcm tu samalah pakaian mcm kami) NAUZUBILLAH..
Macam mana nak jawab tu? Ada sesiapa yang boleh bagi jawapan…???
Dan
aku amat terkilan apabila ada dikalangan kaum² Wanita ini yang tanpa
segan silunya meletakkan gambar² di air terjun, taman tema air atau air
panas yang mendedahkan Aurat dan berpakaian ketat2.. Sedangkan gambar
profil mereka bertudung.. Astagfirullah hal azim…
Untuk apakah lagi gambar2 sebegitu engkau pamerkan??
Perlukah lagi gambar sebegitu sedangkan anda telah bertudung sepenuhnya di luar..
Apakah anda rasa mungkin itu hanyalah semata2 gambar dan tidak BERDOSA??
Salah
tu.. walaupun ianya hanya sekadar gambar ianya tetap berdosa kerana
anda tetap mempamerkan AURAT anda.. Jadi, simpanlah gambar sebegitu
sebagai koleksi peribadi anda sahaja. Tak perlulah di letakkan dalam FB
ini.. Cukuplah sekadar untuk tatapan keluarga yang mahram dengan anda..
Tahukah
dikau bahawa sikap anda yang berpakaian seksi dan tidak menutup Aurat
ini akan menyebabkan suamimu (bagi yang dah kahwin) dan ayahmu menjadi
LELAKI DAYUS!!!
Nabi SAW Bersabda:-
Ertinya : Tiga
golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari
dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa,
si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad
& An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Sabda Nabi:-
Ertinya
: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW
berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si
DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang
yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU
ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA
(ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid,
4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Bolehkah gambar seksi dan mendedahkan Aurat ini dipamerkan kepada kaum lelaki yang bukan mahram??? Jawab sat....
Tolonglah
wahai wanita.. padamlah gambar² seperti itu yang tidak mendatangkan
kebaikan apa² kepada anda, malah akan menambah dosa anda dan juga
menyebabkan orang yang melihatnya juga BERDOSA..(termasuk saya juga.. :(
)
Astagfirullah Hal Azim...
Tidak mahukah anda masuk syurga Allah..??
Adakah anda sanggup ke neraka ALLAH..??
Jika anda tidak sayangkan diri anda, sayangilah dan kasihanilah SUAMI & AYAHMU…
Sanggupkah engkau biarkan orang yang engkau sayangi masuk NERAKA disebabkan perangai dan sikap anda???
Ingat
dalil tersebut telah menyatakan bahawa tidak akan masuk syurga sampai
bila2 si DAYUS Si perempuan yang berpakaian tetapi TELANJANG, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada
perbuatan maksiat, & perempuan yang rambutnya sebesar punuk unta…
Nauzubillah min zalik…
Dan sayangilah juga kami kaum Adam.. dek
kerana terlalu banyak dan bersepah gambar anda yang seksi² kami juga
menanggung DOSANYA… Astagfirullah hal azim…
p/s: Harap maaf jika saya menggunakan perkataan AKU, Nampak kasar sikit..
Maaflah jika ada yang terasa (baguslah kalau dah terasa, moga2 mendapat hidayah)
Jika ada yang salah tolong betulkan ya..
Note ini bukan ditujukan kepada semua wanita… :)
Maafkan Aku.. Sesungguhnya Aku Amat MENYAYANGIMU...
No comments:
Post a Comment