Migrain juga dikenali sebagai hemikrania,
perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Sakit kepala
yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala
sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya
melarat kedua-dua belah kepala.
Dalam kes yang teruk, migrain
menyebabkan pening, muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan dan
sensitif kepada bunyi dan cahaya.
Migrain juga dikaitkan dengan proses
pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum
dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang
menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah
:
i) KETURUNAN
Saluran darah individu tertentu tidak
begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling).
Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif
(serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran
darah).
ii) PEMAKANAN
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan
migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau
phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi
menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi
allergik yang akan menyebabkan migrain.
iii) DIET
Menurunkan kandungan gula dalam darah
mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah
menyebabkan saluran darah mengembang.
iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti
kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal
syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak.
Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan
saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah
mengembang.
vi) HORMON
Turun naik hormon wanita, estrogen,
dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh
oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang
tidak menentu naik dan turun.
vii) MENGANDUNG
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.
viii) HAID
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid.
ix) PIL PERANCANG
Ada pil perancang yang mengandungi estrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
x ) MENOPAUSE
HRT (hormone replacement therapy) yang
menggunakan hormon termasuk estrogen menyebabkan mereka yang
mengambilnya mengalami migrain.
xi) TIDUR
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.
xii) PEMAKANAN YANG TIDAK TERATUR
xiii) UBAT
Ubat yang menyebabkan saluran darah
mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa
persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan
berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.
xiv) PENYEBAB LAIN :
- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah
orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan
sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok.
TIPS :
i) Menghadkan pemakanan dan makan
secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu
mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid
retention.
ii) Pengurangan stress seperrti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.
iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.
v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.
viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi
(urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah
(iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi
mungkin juga berkesan.
PETUA TRADISIONAL :
Ambil daun misai kucing dan masukkan
ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam
sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius
memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.
DOA :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
No comments:
Post a Comment