Rambut yang lebat dan panjang sentiasa
menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling
mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai
dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan
apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan
seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih
kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
Jika rambut anda selalu gugur serta
nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar
sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan
campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan
bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti
biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak
perubahannya.
Rambut mudah beruban jika tidak
dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang
boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit
minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis
sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi.
Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
Anda pasti gembira sekiranya rambut
anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini.
Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan
rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan
bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian,
ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai
perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi
jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian
barulah di sikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan
bercabang ).
Rambut anda gugur?. Ada banyak cara
mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil
seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan
sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air
daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah
jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya
Allah.
Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Ambi
tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah
ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air
panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit
barulah dicuci dengan air limau nipis.
Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.
Basahkan rambut. Ambil santan kelapa
dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah
selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam.
insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.
Menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) Ambil separuh isi kelapa dan bakar
sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau
sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan
biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada
rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.
b) Cuci rambut setiap pagi atau 2 kali
seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga
raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi
menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.
Melebatkan rambut
a) Apabila hendak memasak bubur
kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu
jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda
boleh mengatasi masalah rambut gugur.
b) Ambil segenggam daun bunga teh yang
biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar.
selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh
rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan
semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci
pada sebelah pagi.
Menghilangkan kelemumur
a) Ambil kangkung yang masih segar dan
bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi
untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda
pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.
b) Ambil 10 helai daun pandan lalu
ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu
ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum
dibilas dengan air biasa.
c) Ambil 10 helai daun bunga raya, 4
helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan
sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di
atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.
d) Ambil beberapa biji buah mengkudu
masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh
kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.
No comments:
Post a Comment