oleh Zuraidah Othman 06b Februari 2011; 3.44 pagi
Hubungan
aku dengan ayah tidaklah semesra hubunganku dengan mak. Dengan mak, aku
bebas berbual apa saja, pasal kena marah dengan cikgu, pasal penyanyi
pujaan dan pasal lelaki yang kuminati secara diam-diam. Tapi dengan
ayah, jangan buat pasal. Dengan ayah, topic perbualan kami hanya
berkisar perkara biasa saja. Ayah memang garang… melihat pandangan
matanya saja, sudah cukup meresahkan hati, mendengar suara garaunya saja
mampu mengundang ketakutan. Kena marah memang dah jadi perkara biasa.
Tapi itu dulu…waktu aku di zaman anak-anak.
Apabila aku sudah bergelar isteri orang… hubungan kami makin mesra. Bukan sekali dua ayah bercerita tentang pengalaman hidupnya dulu dan tentang bagaimana cintanya mula berputik pada arwah mak. Mulanya aku terkejut dengan perubahan itu namun jauh di sudut hati aku gembira. Seminggu sekali aku pasti pulang menjengoknya. Ada kalanya dua minggu sekali. Setiap kali aku pulang, lancar mulutnya menyuruh aku memasak itu ini. Pada hal adik yang tinggal bersamanya lebih pandai memasak daripada aku.Nampak saja muka hidungku, mulalah dia mengadu sakit situ sengal sini dan sebelum masuk tidur, dia akan menghulurkan botol minyak angin meminta aku mengurut bahu, lengan dan kaki. Tak lekang mulutnya memuji konon aku pandai mengurut seperti arwah mak. Aku jugalah yang disuruhnya menyapukan ubat jika dia luka. Segala kehendak ayah,kulayani dengan penuh senang hati. Aku tahu ayah sekadar hendak bermanja denganku. Lagipun hanya aku seorang saja anaknya yang tinggal berjauhan.
Satu hari aku ayah dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi. Aku bergegas pulang. Kami adik beradik buntu. Pada hal setiap bulan ayah menjalani pemeriksaan kesihatan dan ayah cuma disahkan mengidap darah tinggi dan ghaout saja. Tak pernah timbul sakit buah pinggang. Akhirnya kami menganggapnya sebagai ketentuan Illahi. Kala itu juga aku teringatkan mak yang sudah lama pergi. Di hospital itu juga mak menghembuskan nafas terakhirnya. Hati jadi tak menentu… apakah aku juga akan merasai kehilangan ayah?
Demi Tuhan hatiku pilu melihatkan ayah terbaring dengan tiub di hidung dan di lengannya. Setiap kali menuangkan susu ke mulut tiub, aku cuma mampu menangis… sedih tak terkira melihat keadaan ayah. Seminggu kemudian, kami dinasihatkan supaya membawa ayah pulang. Bergilir-gilir aku dan adik beradik lain menjaga dan melayaninya. Berulang aliklah aku pulang ke kampung.
Setelah dua minggu berada di kampong, pagi itu aku berhasrat hendak pulang seketika ke rumah. Di telinga ayah aku meminta kebenaran untuk pulang . Ayah cuma merenungku tanpa kerdipan. Seketika kemudian, air matanya mengalir. Namun dia tetap menyuruh aku pulang. Katanya tanggungjawab pada suami tidak harus kupandang ringan. Dengan suara perlahan ayah meminta maaf kerana telah menyusahkan aku… dan ayah turut mengucapkan terima kasih padaku. Sikapnya itu membuatkan hati berbelah bagi hendak melangkah, namun setelah didesaknya, aku pulang juga.
Di rumah, sebaik saja selesai solat Asar, telefonku berbunyi. Aku dikhabarkan tentang pemergian ayah. Kala itu alam terasa sunyi sepi, waktu juga bagaikan terhenti. Dada sebak, nafas sesak… ayah maafkan orang… orang tak sempat berada di sisi sewaktu ayah dijemput TUHAN…

No comments:
Post a Comment