Sunday, 25 September 2011

Untuk Sahabatku

Persahabatan tetap mekar di dahan akrab
Telah terbina jambatan persahabatan untuk kita
Buatannya sangat teliti
Dari batu-batu harapan dan kepercayaan
Dari tiang-tiang ikhlas dan kejujuran

Kita adalah pemegang kekuatan keteguhan ia
Lalu jangan biarkan 
Angin cemburu mengoyahkannya
Kerana taufan hasad dengki
Sentiasa bersedia merobohnya

Hargailah ia ke penghujung usia
Kerana ia dicipta
Sejak zaman azali kita
Oleh Yang Maha Esa...

... Ibu Nora ...

No comments:

Post a Comment