Monday, 26 September 2011

"Ibu mengandung , kenapa kerap muntah muntah (Lanjutan ) ."

 
Mungkin dari segi saintifiknya , ada penjelasannya tersendiri ...

Tapi jika difikir kembali , apakah si kecil tu tak nak apa yg dimakan itu menjadi darah dagingnya ??? Cuba selidiki punca makanan yg dimakan ? Kandungan makanan itu dari sudut agama ...


Wallahualam ..

Firman Allah Ta'ala ( al-Haj 22:5-7):


Maksudnya: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebgai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (sangat tua), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. "



Ada yang kurang faham di entri INI .. Aku ni bukanlah ahli agama untuk membincangkan isu agama atau seorang doktor . Tapi apa yang berlaku pada isteri aku membuatkan aku tertanya-tanya ..



Menurut seorang rakan blogger yang mana seorang doktor , katanya itu adalah perubahan hormon yang menunjukkan kandungan sihat .. Ok , aku terima .. Tapi dari satu sudut aku kembali terfikir ..



"Apakah sumber rezeki aku itu halal ? ". "Apakah makanan yang isteri aku makan di kedai tadi tu besih ? Atau kandungan makanan tu ada yang dicampur bahan yang tidak halalkah ? "



Isteri aku mengandung 3 bulan .. Orang kata awal trimester ni , si ibu kuat mabuk dan muntah-muntah .. Kembali lihat pada ayat Al-quran tadi ..



"dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi ."


Sebagai seorang ayah dan ibu , kita asyik fikir 'baby tu' asyik lapar je kan ? Jadi kita asyik cari makanan .. Tapi macam aku kata tadi la.. kita terlupa bahagian tu .. Setiap saat dan minit , Allah mengajar kita dalam kehidupan ini ..



Aku terfikir .. "baby ni tak nak dibentuk dengan makanan yang tak bersih atau sumber rezeki yang tidak diberkatikah ?" . Apakah duit yang aku dapat itu tidak berkat ??? ".



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)



Bila terfikir gitu , aku kena hati-hati dengan apa yang aku lakukan sebelum ini kerana aku akan membesarkannya dengan pekerjaan yang aku lakukan ..



" Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia. "



Dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :


Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor ”. - Sumber



Bayangkan maksud yang tersirat dari setiap kejadian. Kita diminta berfikir dan berhati-hati dalam setiap perbuatan ..



Sekadar terfikir.. Wallahualam ...


No comments:

Post a Comment