Saturday, 24 September 2011

Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panaui, cubalah satu petua berikut;

1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.
2. Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.
3. Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.
4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang

No comments:

Post a Comment