PETUA ELAK RAMBUT GUGUR
i. Dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja.
ii. Campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya
putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke
dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja).
iii. Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut
anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih
kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda
menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya anda akan dapat lihat sebaik
sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup
selesa selepas itu.
No comments:
Post a Comment