Rajuk hatimu ...
Telah kubaca segala galanya
hatimu dan dirimu
walau aku bisa jadi sedih
telah kubaca kesedihan itu
haruskah aku ulangi semuanya
bahawa aku tidak mahu perbalahan
sikapmu banyak membisu
aku hampir putus asa jadinya
aku cuba sedaya mungkin memujukmu
kau masih samar dengan kepercayaan
hati lelakimu
kepercayaan dan cemburu bergelutan
alangkah mahalnya kepercayaanmu
alangkah kuatnya harapanmu
akhirnya hatimu bisa dipujuk
pasti akan kuingati
agar ianya takkan berulang lagi
inilah yang kurindukan
..Yatie Yusoff..
No comments:
Post a Comment