Teladan & Ibu Bapa
Bismillahirrahmanirrahim
TELADAN DAN IBU BAPA
Ibu bapa perlu memberi teladan yang baik kepada anak-anaknya. Walaupun
demikian, sampai di manakah teladan yang perlu ditunjukkan oleh ibu bapa
kepada anak-anaknya? Apakah teladan itu perlu ditunjukkan setakat usia
anaknya belum baligh atau kah hal tersebut perlu dilakukan secara
berterusan?
Untuk menjawab
persoalan yang dikemukakan itu, di sini saya akan memberikan beberapa
tafsiran, berdasarkan unsur teladan atau uswah orang tua terhadap
anaknya. Tafsiran yang dimaksudkan adalah sebagai yang berikut:
- Teladan yang bersifat pendidikan dan dilakukan secara sedar.
Contohnya: Orang tuanya mengaji (membaca Al-Quran) sambil mengajar
anaknya mengaji, melatih anaknya solat, memberikan doa-doa harian yang
perlu dibaca, hafal dan diamalkan, dan petunjuk-petunjuk lain tentang
agama.
- Teladan yang lebih cenderung kepada perilaku (akhlak)
dan dilakukan secara sedar. Seumpama anak tersebut diajar cara makan
yang baik, cara tidur yang beradab, cara berjabat tangan (bersalaman)
yang betul dengan tetamu, adab berjalan di hadapan orang yang lebih tua
dan hal-hal lain yang berkaitan dengan perilaku yang baik.
- Sentiasa memberi teladan yang baik kepada yang lain.
Sesuatu perbuatan, teladan atau tingkah laku yang baik atau buruk yang
dilakukan oleh ibu bapa akan dijadikan ukuran oleh anak-anak mereka.
Untuk menjadikan anak-anak menjadi insan yang berakhlak mulia, maka ibu
bapa hendaklah sentiasa memberikan contoh dan teladan yang baik kepada
anak-anaknya. ELAKLAH dari membuat atau melakukan perbuatan yang tidak
baik di hadapan mereka.
.. semoga bermanfaat ..
No comments:
Post a Comment