Bismillahirrahmanirrahim
Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim! Barangsiapa mengucapkan
Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat
rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak
terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di
sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni
manusia dan lain-lain makhluk Allah di muka bumi).
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda
Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama
diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim." (Darulquthni
dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim
dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti
putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah
engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai
dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah
yang
lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda
Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim,
bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy
kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah
iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala
planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya."
Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap tasbihlah
gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya.
Lalu mereka berkata: "Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung
itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir
rahiim dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja
ia tidak dapat mendengarnya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "
Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan laa haula
walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70
pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan."
Dari al-Waqii dan atas-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:
"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah
yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu
sebagai perisai."
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a.,
bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir
rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan
darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat."
Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan
manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh
pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana sesungguhnya
nama
Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah."
Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan
Bismillaahir rahmaanir rahiim setiap kali kita menyimpan atau mengambil
barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan.
Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga
mendapat keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun
diri dan segala usaha kita.
Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
"Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu
dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan
menulis erti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta tahun, mereka
tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari
Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Lebih
berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat
yang lain: "Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa
memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim.
Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya
beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim."
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:
"Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim
kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu
sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan
isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai
engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan
anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan berdoa, "Ya
Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu
daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika
sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu
mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama
disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur'anul kariim manakala 1 berada
di sisi Allah.
Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama
ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan
Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir
rahiim. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah.
Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada
sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada
sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim
dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia
daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim." (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang
lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya."
Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: "Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan."
Dari al-Waqii dan atas-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:
"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai."
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat."
Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana sesungguhnya nama
Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah."
Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita.
Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
"Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim."
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:
"Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan berdoa, "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika
sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur'anul kariim manakala 1 berada di sisi Allah.
Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
No comments:
Post a Comment