Saturday, 24 September 2011

~~PANJATKAN DOA-DOAMU~~

Hendaklah sentiasa berdoa kerana doa itu menimbulkan ketenteraman jiwa, sedang ketenteraman jiwa itu adalah perubatan yang mujarab. Doa-doa kita pada umumnya memohon berkat, sebab Tuhan tahu apa yang baik buat kita. Apabila anda ingin memperoleh kekuatan sejati, berdoalah berulang-ulang kali kepada Tuhan. Dan setiap orang ingin berdoa sehari sebelum ajalnya tiba, kerana mereka tidak mengetahui bila ajalnya itu akan tiba, maka dia perlu berdoa setiap hari.

Dan Tuhanmu berfirman:
“Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah:86)

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina."(Al-Mu'min:60).(menyembahKu disini bermaksud berdoa kepadaKu)

No comments:

Post a Comment