RAHSIA SOLAT DAN PENEMUAN SAINS...!
Sahabat fb yang dihormati. Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat, telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita
mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas
dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan
dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima
waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati
bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan jari-jari
kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif - akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita
akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini
tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses
pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu,
solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali
lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4
rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan
pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti
yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak
begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di
fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4
rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas
yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan
mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia
maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan
serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) .
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta
alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam. [Koleksi Sim]
No comments:
Post a Comment