PETUA UNTUK HILANGKAN PARUT
( Chicken Pox, Parut Jerawat ataupun Parut Terkena Benda Panas )
Petua 1 :
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit.
Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila
keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di
amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 2 :
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam (jeragat) dan jerawat di wajah.
Petua 3 :
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan
sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Petua 4 :
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 5 :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6 :
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar
bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air
dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan
perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan
air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang
memuaskan.
No comments:
Post a Comment