Friday, 30 September 2011

KUATKAN SISTEM IMUN ( Antibodi) DALAM DIRI ANDA

Sistem Imun (daya ketahanan badan) umpama pasukan tentera dalam tubuh yang bertindak menyerang dan mempertahankan badan daripada semua ancaman penyakit (Penyakit biasa, Penyakit Kronik, Penyakit berjangkit akibat bawaan Virus dll)

Semua penyakit yang terjadi akibat kelemahan dan kekalahan Sistem Imun.

Disini ada tips2 untuk menguatkan sistem imun :

1. Elakkan ubatan (dan produk), rawatan dan pembedahan yang tidak perlu.
- Kurangkan pengambilan antibiotik.
- Jagalah kebersihan. Elakkan sabun dan detergent antibakteria. Tubuh perlukan bakteria umum untuk mengenal kuman baru. Produk antibakteria hanya membantu membentuk bakteria kebal.
- Elakkan suntikan vaksin. Bukti-bukti menyarankan suntikan ke atas kanak-kanak dengan hampir 3 dozen dos vaksin virus dan bakteria berbeza sebelum usia 5 tahun, ketika sistem imunnya masih berkembang, menyebabkan gangguan imun yang kronik.
- Jangan buang organ-organ sistem imun yang penting (tonsil, apendiks, limpa) tanpa alasan yang wajar.

2. Jauhi sinaran terik matahari, radiasi elektro-magnetik.
Radiasi ultraungu (UV) dari pancaran matahari boleh menjejaskan sistem imun. Apabila kulit terlalu terdedah kepada radiasi UV, activiti sel-selbdarah putih yang menghasilkan antibodi akan tertekan. Kesan-kesannya bukan saja membabitkan bahagian kulit yang terdedah kepada matahari, malah boleh berlaku pada bahagian kulit yang terlindung dan seluruh sistem imun. Akibatnya, tubuh gagal menghasilkan antigen yang diperlukan untuk melindungi pelbagai penyakit.

3. Awasi kimia berbahaya.
Elakkan tampalan raksa untuk gigi, kosmetik yang mengandungi kimia beracun, plastic dan cat kerana kesemuanya menekan sistem imun. Tanda-tanda umum kesan keracunan logam berat termasuklah: sakit kepala, tekanan darah tinggi, letih, sakit otot, sakit sendi, masaalah penghadaman, sembelit, bingung, ketidak seimbangan hormon dan kemurungan.

4. Pilih diet yang sihat.
- Kekalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalkan pemakanan yang baik, iaitu makan makanan tulen. tubuh memerlukan vitamin, zat galian, dan sumber protein serta karbohidrat yang seimbanguntuk membina semula sel-sel dan berfungsi dengan sempurna. Kekurangan zat makanan menyebabkan organ-organ yang sepatutnya melindungi kita menjadi lemah, dijangkiti dan gagal berfungsi. Kekurangan vitamin atau zat galian merendahkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit. Misalnya, kekurangan vitamin D menyebabkan tubuh tidak berupaya untuk memetabolisme kalsium dengan sempurna, dan anda boleh diserang riket. Penghidapnya mempunyai tulang yang lemah dan cacat keran tulang tidak membesar dengan sempurna. Jika kekurangan vitamin C, anda mungkin menghidap scurvi, iaitu keadaan gusi membengkak dan berdarah, dan sendi membengkak. Jika anda kekurangan zat besi, anda mendapat anemia.
- Makan lebih banyak buah dan sayur. Ia mengandungi vitamin-vitamin penting selain fitokimia yang meambantu tubuh menentang penyakit.
- Fikirkan rempah. Rempah ratus meningkatkan kadar rembesan Imunoglobulin A(sejenis antibodi). Makanan pedas seperti cili dan serbok biji sawi juga baik untuk memulihkan selesema. Ia mengandungi bahan-bahan yang dipanggil “micolytics” (sama sirap batuk ekspektoran yang mencairkan lendih pekst ysng terkumpul dslsm sinus dan saluran pernafasan.
- Elakkan semua makanan yang diproses.
Kebanyakan makanan yang diprocess mengandungi pewarna dan perisa tiruan, serta kolesterol yang dioksidakan. Elakkan makanan yang digrill(hanya menghasilkan radikal bebas) dan makanan yang digoreng dalam banyak minyak(ia menghasilkan minyak yang dioksidakan). Juga, elakkan makanan yang menjalani kejuruteraan genetik.
- Kunyah dengan sempurna
Apabila kita tidak mengunyah makanan dengan sempurna dan menyebatikan dengan air liur, kita melepasi pertahanan pertama kita terhadap bakteria berbahaya. Setiap hari anda memakan ratusan kuman. Kebanyakan mati dalam air liur atau asid perut. Jika seekor melepasinya, anda akan mengalami keracunan makanan dan menyebabkan muntah dan cirit-birit (dua kesan ketara pemecahan sistem imun).
- Kurangkan gula
Elakkan gula putih (ia sejenis ubat, bukan makanan). Gula halus didapati menekan sistem imun.
- Berhati-hati dengan lemak.
Terlalu banyak lemak, terutama jenis yang salah, menjejaskan keimunan. Bukti dalam manusia menunjukkan lemak berlebihan menekan aktiviti sel Pembunuh Semulajadi (PS), iaitu sel-sel imun pengawas tubuh yang menyinkirkan radikal bebas dan agen kanser sebelum mewujudkan bes dalam tubuh.
- Elakkan air berklorin.
Klorin mencegah fungsi tiroid, menganggu penyerapan iodin dan asid amino tirosina. Ini memperlahankan fungsi metabolisme peredaran darah dan sistem imun. Mencampurkan setitik dua lemon (atau limau nipis) ke dalam air minuman boleh membantu. Ataupun, biarkan air yang dimasak semalaman sebelum meminumnya.

5. Amalkan gaya hidup sihat.
- Kurangkan stress krn stress manjadi faktor terbesar yang boleh dikawal dan mempengaruhi kesihatan. Ia memberi kesan keatas semua sistem tubuh. Stress dari segi mental boleh melemahkan sistem imun.
- Jauhi alkohol
Alkohol boleh menjejaskan kesihatan, ia cenderung meyingkirkan nutrien, merosakan sistem-sistem organ seperti hati, menyebabkan beberapa kanser, mendorong hipoglisemia, dan merosakkan jantung apabila diminum dengan banyak.
- Tidur awal dan mencukupi
Tidur memainkan peranan penting dalam membantu sistem imun kita.Anda boleh mengalami selesema apabila terasa penat dan letih kerana tidak cukup tidur. Hormon pertumbuhan yang dirembeskan ketika tidur memperbaiki dan memperbaharui sel. Oleh itu kekurangan tidor akan menjejaskannya.
- Berhenti merokok
Orang dewasa yang merokok akan pendek umurnya dan sering sakit. Selain kanser, merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, ulser peptik, bermasaalah ketika hamil dan menjejaskan keimunan.
- Bersikap positif
Permikiran yang sihat akan meguatkan sistem imun. Suka berjenaka, menonton film atau persembahan berjenaka didapati boleh menguatkan sel darah putih. Lebih banyak anda ketawa dan menikmati kehidupan ini, lebih baik bagi fungsi imun dan anda menjadi lebih sihat.
- Lakukan senaman
Ini telah terbukti dapat membantu sistem imun. Satu kajian mendapati wanita yang berjalan 45minit sehari adalah separuh daripada kemungkinan dijangkiti selsema. Wanita berusia 70-an yang aktif mempunyai sistem imun sesihat wanita berusia 30-an dan mereka dua kali ganda lebih sihat berbanding warga tua yang tidak aktif. Senaman juga memperlahankan kerosakan tubuh. Penuaan didapati merupakan kira-kira satu pertiga daripada kemerosotan aerobik tubuh.

No comments:

Post a Comment