PERNAH DENGAR TAK....."FRONTAL LOBE"....? APA TU......?
(PEMANDU KE SYURGA....HAKIKAT BERSUJUD DALAM SOLAT... )
PENTING SANGAT2 NI....BACA JANGAN TAK BACA.....
Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul2 menekankan bahagian
otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah "pemandu" kita ke syurga.
Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat
jadi jika rosak CPU atau ...lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan2
yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg
kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri,
boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh
mencorak masa depan yg lebih hebat.
Frontal lobe kurniaan Allah
yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita
panggil akal. Semua bahagian lain pada manusia terdapat pada haiwan
tetapi tiada yg amat ketara selain dari frontal lobe. Dari jumlah
keseluruhan otak manusia, 30-40% adalah frontal lobe, tiada langsung
pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil
berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada
keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia
makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan
menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?
Saya menekankan yg solat merawat frontal lobe, mungkin ada yg berkata,
aku tak sembahyang pun aku ok je, takde macam haiwan pun, aha.. jangan
terpedaya, periksa diri ketika anda marah, ketika anda ditimpa musibah,
ketika bersedih, ketika mendapat peluang2 untuk membolot kekayaan,
ketika anda bernafsu. Ingatkan kembali adakah tindakan2 yg anda ambil
pada ketika itu mengikut akal atau mengikut rasa/nafsu atau memori?
Sebab itu ada beza bg yg solat dan tidak, dan amat berbeza lagi mereka
yg khusyuk dan tidak.
Melalui kajian, ahli saintis mengira,
pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika
dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2
ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan.
Jadi perhatian kita kepada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah
sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg
sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara.
Menurut Dr
Joe Dispenza didlm bukunya Evolve Your Brain, beliau memilih "intent"
atau niat sebagai fungsi utama frontal lobe. Mengawal apa niat kita
untuk sesuatu agenda yg kita lakukan, bukahkah didlm Islam semua
tindakan kita bergantung kepada niat. Berdasarkan niat2 tertentu ini
kita akan mengambil tindakan2 yg tertentu, mengawal tingkah laku,
merancang masa depan untuk mendapatkanya dan juga keinginan yg kuat dan
berkekalan. Jika niat bersedekah mahukan keredhaan Allah kita akan
membuatnya secara sulit, jika niat untuk membanggakan diri, manusia akan
memanggil akhbar dan sebagainya. Semua tindakan kita secara keseluruhan
pula bergantung pada apa niat kita hidup didunia ini, jika kita faham
apa yg dibaca dalam doa iftitah "Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati
lillahirabbil alamin" maka kita akan mengambil jalan yg benar dan adil
buat diri kita dan juga manusia yg lain, jika hidup ini untuk mengumpul
harta, untuk kuasa, untuk nafsu maka tindakan begitu juga akan dipilih
oleh frontal lobe.
Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg
kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat,
frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian
otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain
dan juga mengarahkan bahagian2 tersebut untuk melakukan apa yg perlu.
Melalui "database" yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi
bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk
mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan
situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi
dari pilihan2 yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri,
masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini
barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa
yg diingini.
Frontal lobe juga membolehkan manusia belajar
dari pengalaman dan memilih tindakan yg lebih bijak dimasa hadapan.
Frontal lobe membolehkan manusia mempunyai cita2 yg hebat, mencuba
sesuatu yg baru dan mendapatkan hidup yg lebih hebat dan tanpa batasan.
Siapa diri kita, apa yg kita mahu sekarang dan masa depan dan kehidupan
bagaimana yg kita hajati semuanya bergantung bagaimana kita menggunakan
frontal lobe kita. Frontal lobe juga sebagai "alat" kita mencipta
realiti kehidupan ini.
Frontal lobe membolehkan kita kekal
fokus pada cita2 tertentu, berapa ramai manusia yg tetapkan banyak azam
pada setiap tahun baru dan berapa banyak yg tercapai semuanya bergantung
kepada frontal lobe. Tindakan2 manusia samada ikut akal atau ikut rasa
ditentukan samada kuatnya frontal lobe atau tidak. Frontal lobe yg
lemah, tindakan lebih kepada ikut memori terutama dari apa yg dilihat,
didengar atau dialami walaupun ianya sesuatu yg salah.
Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.
Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
Banyak lagi sifat2 yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah
sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar
ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg
tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan
kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah
boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.
Berikut pula sifat2 mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
Tidak terurus dan malas.
Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
Tidak keinginan untuk belajar.
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
Cakap tak serupa bikin.
Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
Reaktif.
Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
Selalu risau dan fikiran melayang2 memikirkan keburukan.
Tidak boleh mendengar dgn baik.
Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
Pelupa.
Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.
Dari senarai2 tersebut sama2lah kita menyiasat diri kita sekuat mana
frontal lobe kita ini, frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih
mengambil keputusan ikut rasa dan ikut memori. Antara aktiviti yg
melemahkan frontal lobe adalah menonton TV atau filem yg tidak
membuatkan kita berfikir. Menurut Dr Daniel Amen melalui bukunya Change
Your Brain, Change Your Life, TV dan video games adalah penyebab utama
penyakit ADD (Attention Deficit Disorder) penyakit frontal lobe. Sebab
itu jika dulu buang emak, buang saudara kerana kasih saya turutkan,
sekarang buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya
turutkan. Jika dulu tiada anak melayu yg hebat ber"lakon" aksi2 lucah,
sekarang sudah banyak tersebar didlm internet. Semuanya kerana TV dan
filem2 "sampah" yg di sumbat untuk melalaikan manusia dan hanya mengikut
apa yg diperintah, tidak pernah terfikir mengapa TV amat dikawal?
Kerana TV adalah alat hipnosis/pemukau manusia yg hebat, melalui TV juga
manusia terpengaruh membeli sampah2 walaupun ianya tidak perlu untuk
kehidupan.
Mengambil bahan2 toksid seperti dadah dan alkohol
juga merosak frontal lobe, jangan terkejut bahawa merokok juga
merosakkan bahagian tersebut. Rosaknya frontal lobe menyebabkan
ketagihan terhadap benda2 tersebut tidak boleh dikawal oleh minda,
tindakan ikut sedap rasa, bukan ikut akal. Tidak perlu ubat2an untuk
berhenti merokok sebenarnya, cuma perlu kejutkan frontal lobe yg sudah
lama terlena.
Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai
kekusyukan, amat beruntunglah mereka yg sudah mencapainya. Teramat
benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju
kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari
segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan
rosaklah akhlak manusia itu sendiri, jika tidak masakan Switzerland yg
dianggap antara negara yg termaju didunia punyai kadar bunuh diri yg
tinggi?
Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah
(Surah Al Alaq 96:16) ketika darah memenuhi frontal lobe. Frontal lobe,
pemandu manusia ke syurga.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/03/mengapa-frontal-lobe.html#ixzz0si1fn41d
No comments:
Post a Comment