AKU INGIN MENCINTAIMU KERNA CINTA-NYA
Sungguh kuakur dengan cinta
kerna aku tidak pernah dapat lari darinya
hanya kerna Dia menciptakan aku rasa
yang amat luarbiasa..untuk mendekati cinta
kerana aku memang tidak mampu
untuk keseorangan tanpa cintamu dan cinta-Nya..
Kekasih,..sesungguhnya aku mencintaimu
hanya kerna aku mencintai-Nya..
berdoalah..agar cinta kita terpelihara dari dosa
sehingga kita mampu bersama dan berdua
dalam menghabisi sisa-sia usia yang hanya dalam redha-Nya..
Kekasih,..sesaat aku merinduimu..aku jua merindui-Nya
aku berterimakasih pada-Nya..kerana telah menyatukan hati kita
dalam satu-satu takdir-Nya..yang tanpa dijangka
ketahuilah..kesucian hatimu dan hatiku
hanya kerna kita tidak pernah mengabaikan cinta-Nya..
Aku bersyukur kepada-Nya..
kerana telah menemukan aku denganmu
yang begitu kuat pegangan cinta terhadap-Nya..
aku cinta kepadamu kekasih..hanya kerna cintaku kepada-Nya..
~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[9/9/2011]
No comments:
Post a Comment