Tuesday, 20 September 2011

APAKAH YANG DIMAKSUKAN NAFKAH BATIN...?

Sahabat fb yang dikasihi. Jom kita telusuri tajuk di atas. Sebahagian orang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang halal. Dengan pengertian sedemikian, maka timbullah masalah di dalam rumahtangga. Ahli keluarga tiada pengetahuan bersolat, mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar dalam asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya diberikan oleh suami.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya; "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya". Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya keluarga yang Qurratu Akyun, keluarga yang menggirangkan

Mereka yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan yag salah. Nabi saw sabdanya yang bermaksud; " Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya ". Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai naflah batin?

Mengikut Syekh Abd Kadir, ” Ilmu-ilmu Fardhu Ain itu ialah; Tauhid, Fekah dan ilmu Tasauf “. Ilmu Tauhid membentuk Aqidah bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Mengetaui ilmu Fekah pula untuk mengenal Sah dan Batalnya setiap amal ibadah. Manaka ilmu Tasuf pula untuk mensejahterakan pahala serta manfaat setiap ibadah yang dilakukan.

Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri serta anak-anak, supaya berakhlak mulia terhadapnya, terhadap kedua ibu bapa dan juga jiran tetangga serta masyarakat. Ibnu Abbas pernah berkata; “ Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka". Wallahualam [Rjk Sim]

No comments:

Post a Comment