BEBERAPA TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN
JANGAN BERLAPAR ATAU BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih
dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut.
Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu
lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih
banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan
tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat
membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam
tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.
ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air.
Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit
air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana
apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat
menunjuKkan kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
MAKAN DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
CUCI MULUT
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi
anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut
akan membantutkan selera anda.
PILIH MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar
kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia
juga meningkatkan pembakaran lemak.
PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh
adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar
dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali
anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan
anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat
catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau
perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga
boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet
anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih
berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila
mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal
sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih
makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda
boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak).
Hindari minyak atau lemak haiwan.
PILIHAN PERKAKAS
Ketika
memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi
dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang
boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik
program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin
membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai
makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang
benar-benar memerlukannya.
KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
AKTIVITI SAMPINGAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan
itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna.
Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus
dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan
lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk
permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan
cantik.
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik
tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan
sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran
darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Sama2 la kita manafaatkan tips ini untuk menjadikan kita lebih sihat..
~informasi kesihatan~
No comments:
Post a Comment