Coretan buat yang tersayang…
Sayang…
Kenalilah musim hujan yang basah..
Kemarau yang merenggaskan daun2 kering..
Di sepanjang hari dalam dua belas purnama..
….kerana cinta ku bersemi di dua musim
Kenalilah gelisah angin di antara buluh2 bambu..
Yang meliuk ke kiri dan meliuk ke kanan….
Yang mengerisik di antara sunyi nya malam..
Kerana di situ ada bisikan tentang gelisah ku..
Ketika senja turun di bukit2 tanpa penghuni
….ada rona yang dilukiskan pada latar langit..
….merah membara dan kadang2 lembayung..
Kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku..
Sayangku..
Malam – malam ku adalah catatan tentang cinta
..dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa..
..aku jejaki purnama yg tenggelam di antara awan..
..dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa..
- Yang Zaniza -
No comments:
Post a Comment