Wednesday, 21 September 2011

Melukiskan resah hati

tiba tiba saja perasaanku begitu
untuk mencurahkan segala isi hatiku
dan seperti orang orang lain
niat yang suci menjadi
desakan hati
keinginan mahu tahu
betapa pun hidup ini suatu pencarian
aku dalam perjalanan
untuk suatu hari bernama esok
bila saja teringin pada keindahan
hari itu pasti tiba jua
terserap dan tidak luput
masih dalam ingatanku
mengapa mesti aku lari dari keadaan ini
tentang pernah adanya anggapan sedemikian
dan untuk kali yang entah keberapa
kata kata itu langsung tidak melekat di hati
telah meragut segala kekuatanku
kehampaan kuterasa
dan aku masih menanyakan kebenaran
di dalam jiwa kerana kehilangan
yang entah di mana perhentiannya.
..Yatie Yusoff..

No comments:

Post a Comment