Friday, 9 September 2011

SUMPAH SANG KELEMBAI



Akan kusumpah menjadi bisu
kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah
menyebarkan surat layang
menimbulkan prasangka

akan kusumpah menjadi pekak
kepada sesiapa yang mengadu domba
yang menjadikan keamanan kita
akan tergugat

akan kusumpah menjadi buta
kepada sesiapa yang selalu menyebarkan khabar dusta
sehingga menyebabkan hidup merana
penuh kata nista

kalaulah benarlah mahu menimbulkan onar
lebihbaik kau menjadi sumpah-sumpah
yang sering bertukar warna

sang kelambai
kalaulah kau masih ada
sumpahlah supaya dunia menjadi aman
sekalupun obama menjadi dungu!

Nor Adabi Rosdi,
@K.A.Y.A.
Mahligaiimpian.com

No comments:

Post a Comment