Hanya
ada satu pelita yang akan kita pegang akan sentiasa menyala biar pun
ketika malam yang gelap dan akan menerangi biar pun tempat-tempat yang
jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta pada makluk
yang bernyawa.
Cinta
mencinta dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak
untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri.
Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama
pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu
maka sudah tentu kelambah hina yang dituju.
Cinta
adalah setangkai kepercayaan yang abadi. Cinta sejati itu bererti
melepaskan orang yang disayangi terbang bebas di dunianya sendiri. Andai
benar dia milik kita pasti dia akan hamper disisi menghangat perjalanan
cinta yang tersedia sudah.
Sekiranya
kamu di cintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, angaplah ia satu
pengorbanan buat mu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang
ikhlas dan jujur. Jangan kau ambil kesempatan dan jangan sesekali niat
di hatimu ingin melukankan hatinya.
Cinta
merupakan satu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti
salah satu nikmat dari Tuhan telah dicabut dari hatimu, tandanya salah
satu nilai kemanusiaan yang ada pada diri mu kian terhakis. Ia
memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodal keikhlasan serta
kejujuran yang tinggi.
Orang
yang tiada perasaan cinta adalah orang yang hilang motivasi dalamnya.
Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih
sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan yang amat di cintai.
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda:”Amalam yang di sukai oleh Allah adalah
mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Riwayat Ahmad)
Untuk
mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, khawinilah manusia yang
mencintai kerana Allah dan Allah jua mencintainya moga terisi makna
cinta sebenar.
Pasangan
dan cinta adalah naluri, manakala nafsu otak yang mengawalnya. Jika di
biarkan cinta kuasai diri dan merosakkan hidup, pasti akan diburu
penyelesayan akhirnya.
Cinta
adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta
adalah tidak normal, namun ramai yang menderita kerana cinta.
Bercinta
tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai
Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita
soleh atau solehah supaya insan yang Allah akan tentukan buat kita nanti
juga begitu dekat dengan Allah.
Kita
wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh
merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu
berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk agama Islam yang tercinta,
selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan
siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya.
No comments:
Post a Comment