Friday, 2 September 2011

ZIKRULLAH

Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t dgn hati, lidah dan perbuatan spt membaca tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya.

Zikir perlu diamalkan dalam semua keadaan supaya kita tidak lalai dari mengingati Allah SWT sebagaimana firmanNya :
"Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan baring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata, "Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda2 dgn sia2. Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari azab neraka." "
(Surah Ali Imran, ayat 191)

KERUGIAN ORNG YANG TIDAK BERZIKIR....
1.Mudah diperdaya oleh syaitan.
2.Senang terdorong melakukan perkara maksiat dan kejahatan.
3.Jiwa sentiasa berada dalam resah dan gelisah.
4.Tidak dikasihi Allah SWT dan tergolong dalam golongan yang rugi.
5.Tidak mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
6.Hati semakin jauh dan lalai daripada mengingati Allah SWT.

DARI SUDUT ILMIAH....
1. Kita hendaklah senantiasa berzikir mengingati Allah SWT.supaya memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat.
2. Allah s.w.t sangat menyukai orang yg sentiasa berzikir kpd-Nya dgn mengurniakan pelbagai rahmat dan kebaikan.
3. Berzikir kpd Allah s.w.t hendaklah dgn adab2 tertentu supaya mendatangkan kesan yg mendalam kpd pengamalnya.
4. Orang yg lalai drp berzikir kpd Allah s.w.t akan memperolehi kerugian di dunia dan di akhirat. 

No comments:

Post a Comment