Wednesday, 14 September 2011

AKU SEUTAS JAM TANGAN.

Aku dilahirkan sebagai jam tangan.
Badanku diperbuat daripada besi berwarna hitam.
Mukaku bulat dan ada jarum yang menunjukkan waktu.
Aku direka untuk dijual kepada pelanggan yang berminat untuk membeliku.
Ramai yang memujiku cantik.
Apatah lagi aku ditempatkan di ruangan khas dalam rak berkaca.
Di situ aku mendabik dada menayangkan kecantikanku.

Pada suatu hari, seorang gadis datang ke kedai tuanku.
Dia mahu membeli kasut.
Setelah mendapat kasut yang diidamkan, penjual memberitahunya tentang promosi baru.
Pelanggan boleh membeli jam tangan di situ dengan harga yang murah selepas membeli kasut.
Lalu, gadis itu memerhatikan jam tangan di rak kaca.
Alangkah gembiranya apabila dia memilih aku.

Rupa-rupanya, dia membeliku bukan untuk dirinya sendiri.
Tetapi sebagai hadiah hari jadi untuk seorang kawannya.
Pada mulanya aku teruja kerana bakal dimiliki seseorang.
Malangnya, aku tidak diendahkan tuan baruku itu.
Kini, aku tidak tahu di mana aku berada.
Suasana sekelilingku gelap gelita.
Aku berdoa suatu hari dia sudi dan membenarkan aku memeluk pergelangan tangannya.
Aku mahu berbakti kepada tuanku sebaik-baiknya.
Dan harapanku agar dia juga menghargaiku.

No comments:

Post a Comment