Wednesday 14 September 2011

KISAH SEORANG LELAKI DAN ANAK PEREMPUANNYA

Di sebuah negeri tinggal seorang lelaki berserta isteri dan anak perempuannya yang berusia lima tahun. Lelaki itu tidak pernah ke masjid, apatah lagi bersujud kepada Allah.


Kehidupannya penuh dengan maksiat, pergaulan bebas dan bersuka ria siang dan malam. Isterinya sudah puas menasihatinya supaya berubah, namun semua itu sia-sia sahaja.


Suatu malam selepas pulang dari berhibur kira-kira jam 3 pagi, dia menghabiskan waktu awal pagi itu dengan menonton video porno di sebuah bilik dirumahnya.


Waktu-waktu sebegitu ialah waktu Allah turun dan bertanya-tanya, adakah orang yang berdoa sehingga Aku mengabulkannya? Apakah orang yang meminta ampun sehingga Aku mengampunkannya? Adakah orang yang meminta kepadaKu sehingga Aku menunaikannya? 


Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan anak perempuannya masuk serta melihat perlakuannya itu sambil berkata, "Bapa, ini suatu aib bagimu, takutlah kepada Allah" dan mengulanginya tiga kali kemudian menutup pintu dan pergi.


Lelaki itu terkejut lalu menutup video, kemudian termenung. Kata-kata anak perempuannya itu terngiang-ngiang ditelinganya. Ketika dia menjadi tidak keruan seperti orang gila, terdengar azan subuh dari masjid berhampiran rumahnya.


Dia lantas berwuduk dan terus ke masjid. Namun dia tidak bersemangat bersolat kerana terganggu dengan kata-kata anak perempuannya sebentar tadi. Sewaktu bersujud yang pertama kali selepas beberapa tahun tidak melakukannya, dia menangis teresak-esak.


Tangisan itu adalah pembuka kebaikan baginya. Tangisan itu mengeluarkan apa yang ada dalam hatinya yang berupa kekafiran, kemunafikan dan kerosakan. Lelaki itu merasakan butir-butir keimanan mulai meresap kedalam jiwanya.


Setelah solat, dia terus ketempat kerja. Rakan-rakannya hairan kerana dia sampai awal kerana selalunya dia sering lewat kerana berpoya-poya sehingga awal pagi. Dia menceritakan apa yang dialaminya malam tadi.


Rakannya berkata, "Bersyukurlah kepada Allah yang menggerakkan anak kecil itu sehingga menyedarkanmu dari kelalaian sebelum datang kematianmu."


Setelah tiba waktu zohur, lelaki itu merasa cukup letih kerana tidak semalaman, lalu dia meminta rakannya menggantikan tugas kerana angin ingin pulang awal untuk berehat. Dia ingin pulang melihat anak perempuannya yang menyebabkan dia mendapat hidayah Allah.


Dia masuk kerumah dan disambut oleh isterinya sambil menangis lalu dia bertanya, "Kenapa ni... Apa yang berlaku? Jawapan isterinya bagaikan halilintar. "Anak kita sudah meninggal dunia!"


Lelaki itu terus menangis semahu-mahunya. Dia sedar apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Ketika menguburi puterinya itu, dia sedar dia menguburkan cahaya yang telah menerangi jalan hidupnya...


(Semoga bermanfaat)

No comments:

Post a Comment