Di
sini saya ceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan
petua lain. Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.
1) Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau
6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih
tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah
Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot.
2) Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilik air. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan
betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas
badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa.
Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu
juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi.
Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari
batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa.
3) Selepas
mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan
senyum selama 30 saat.
4) Pastikan sarapan pagi tidak
ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin
makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut
amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan. Pada tengah hari, makan
tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit,
tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air.
Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum
air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu.
Sekali-sekala tak mengapa. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk
membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor.
5)
Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi
panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa
terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas
solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian
seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.
6)Pada waktu
malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang
pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk
tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.
Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada
waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi. Lakukanlah rutin ini
setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat
saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah.
Semoga kehidupan kita semua lebih ceria dan sihat. Secara ringkasnya,
kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan
diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat
jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah
kan. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba.
1) Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot.
2) Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa.
3) Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.
4) Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor.
5) Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.
6)Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi. Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah.
Semoga kehidupan kita semua lebih ceria dan sihat. Secara ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah kan. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment