Monday, 12 September 2011

Buat renungan bersama...

Memberi ilmu kepada murid mudah,
mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah
Membanyakkan ilmu mudah,
membanyakkan amalan susah sekali
Ahli ilmu ramai, ahli amal tidak ramai
Ramai para guru dapat memandaikan murid-muridnya
Tapi ramai para guru gagal mengajak muridnya beramal
Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal
tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu
kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal
Orang yang kurang ilmu
tapi beramal dari amalannya itu
akan mendapat ilmu atau menambah ilmu
Ahli ilmu yang tidak beramal,
ilmunya itu akan bertambah berkurang
Ilmu apabila diamalkan baru dapat faedah
Bahkan adakalanya faedahnya melimpah ruah kepada orang ramai
Hari ini ahli ilmu disanjung orang
Tapi ahli amal tidak dipeduli orang
bahkan adakalanya tidak pun disebut-sebut namanya
Kebanyakan di institusi ilmu
tidak begitu mengambil berat di dalam latihan-latihan beramal
Ramai di kalangan yang bukan ahli ilmu
lebih maju dan berjaya dari pakar-pakar ilmu
Terutama di bidang ekonomi
yang tidak ada sijil ekonomi lebih berjaya
daripada mereka yang ada kelulusan
Ramai orang bercakap tentang ilmu,
tapi kurang yang bercakap tentang amal
Ahli ilmu adakalanya dihormati orang,
tapi ahli amal ilmu adakalanya didengki orang
Ilmu semata-mata tidak akan melahirkan kemajuan yang lahir
selagi tidak diamalkan.

"Ilmu itu lebih baik dari pada harta, jika engkau memiliki ilmu
maka ia akan menjaga mu, namun jika engkau punya harta maka
engkau lah yang menjaga nya, ilmu adalah hakim dan harta adalah
yang akan di adili. harta bisa berkurang kerana penggunaan nya
sedangkan ilmu akan bertambah jika di gunakan dan di manfaatkan"
(SAYYIDINA ALI BIN ABI THALIB.RA)

No comments:

Post a Comment