Ayuh Berlapang Dada...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas
hati? Kecewa?.. Adakalanya, diri juga terjebak dengan perasaan-perasaan
sebegitu yang mampu untuk membebankan hati.. Sebab itulah, diri ini
ingin mengajak sahabat sekalian untuk berlapang dada.. Ataupun bahasa
yang sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...
Ayuh kita berlapang dada.. Sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa
mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus
terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam
diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang ulang
akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya
tentunya...)
Ayuh kita berlapang dada.. Kerana dengannya kita
mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata
kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita
senangi.
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal
menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu
lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)
Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat sekalian.. Selamat malam.. Assalamualaikum...
... Ibu Nora ...
No comments:
Post a Comment