kian hari ku kian tak bisa memuisikan
erti kehidupan inikesementaraan yang menguja
kerana semuanya sudah terjawab
dalam setiap kurniaan yg tidak terhitung
jawablah dengan kesyukuran
hamparkan ketaatan tanpa berbelah bagi..
jika cinta manusia
sering jadi sandaran nurani
persona yang menebar
membakar asa memburu rindu
senyum melebar pada tautan janji
indahnya kehitaman malam
cahaya bintang menjadi aksara membait cinta
sekali badai memburu, sekali gerhana meluru
jangan cinta jadi pencetus kesyirikan
tangis mengila pada suatu hal yg halal
termetri firman membenarkan dalam Al-kitab
namun hati di hantui ribuan ketakutan
rinai gerimis tidak mau surut...
Ah... hingga terlupa siapa DIA
yang mencipta cinta..menurunkannya satu bahagian dari 100 bahagian..
ke dunia fana yg mendebarkan ini
sedikit...namun membebani hati..
bagai sejuta dendam sejuta belati..
membelah nurani...
Ya Latiff Ya al-Ghaffar..
singkapkan tirai kejahilanku
menjadi hamba yang mukhlis
adalah suatu yang sangat sukar
menyembunyikan amali
mencintaimu dalam diam-diam
agar "ujub" tidak membakar ikhlas
kerana nilai ikhlas itu
berupa semut hitam
di atas batu hitam
di hitamnya malam...
menjadi rahsia di dalam rahsiaNYA
bagai akar yg sembunyi di perut bumi
menjulang kehijauan berserta bunga dan buahnya yg mengharum..
ku masih terlalu jauh...
walaupun KAU sangat dekat
tanpa sebarang pengantara...
070911
Hurul
Danga Bay
No comments:
Post a Comment