Sunday, 11 September 2011

hatiku terusik ...

... hati ini amat terusik
bagaimana harus aku nyatakan
hatiku di saat ini
perasaanku dikala begini
aku tidak mahu terikat sebenarnya
tolonglah memahami
aku jadi serba salah
bila tiba tiba kau luahkan rasa hatimu
kau terlalu baik buatku
tapi hati ini ...
seperti batu batu di pantai
tiap kali alunan ombak yang lembut
membawa air laut membasahi
ia tetap kaku
kembalilah kelaut dengan perasaan hampa
cuma meninggalkan buih buih kecil
di persisiran pantai
tiada langsung perasaan
bila ia akan datang berkali kali lagi
bersama sama ombak kecil
begitulah hatiku .....
entah bila dapat menerimamu
aku cuba tapi tak terdaya
tiada perasaan itu dalam diriku
buatmu... aku amat simpati
aku tidak mahu kehilanganmu
sebagai teman
aku menyayangimu sebenarnya
hanya sayang bukan lebih dari itu.
tolong memahamiku ...
...Yatie Yusoff ..

No comments:

Post a Comment