Biodata Imam As-Syafie'
ASY-SYAFI'E RAHIMAHULLAH
Namanya :Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi'e bin
Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdi Manaf. Beliau
bertemu nasabnya dengan Rasulullah S.A.W pada Abdil Manaf. Beliau
bergelar Nashirul hadits(pembela hadits) kerana kegigihannya dalam
membela hadits dan komitmennya untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad
S.A.W.
Imam Al-Baihaqi menyebutkan; "Imam Asy-syafi'e di lahirkan di Kota Ghazzah,kemudian dibawa ke Asqalan,dan dibawa ke Makkah.
Ibnu Hajar menambahkan lagi dengan mengatakan Imam Asy-Syafi'e di
lahirkan di sebuah tempat Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua
tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama dengan orang-orang
keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah.Diusia 10 tahun beliau
dibawa ke Makkah kerana khawatir nasabnya yang mulia akan lenyap.
Perjalanan beliau menuntut ilmu dalam usia 7 tahun Imam Asy-Syafi'e
selesai menghafal Al-quran dan usia 10 tahun beliau menghafal
Al-muwattha' karya Imam Malik,usia 15 tahun dengan izin gurunya yang
bernama Muslim bin Az-Zanji untuk berfatwa. Beliau juga banyak menghafal
syair-syair Hudzail. Setelah itu beliau pergi ke Madinah untuk belajar
fiqh dari Imam Malik bin Anas hingga Imam Malik wafat pada tahun 179H,
selepas itu beliau belajar dari Sufyan bin U'yainah. Dari hasil
menggadaikan rumahnya berharga 16 dinar Imam Syafi'e pergi ke Yaman.
Kerana ketidakmampuannya beliau bekerja sambil belajar dari
Ulama'-ulama' di sana di antaranya Ibnu Abi Yahya dan lainnya.
Ketika pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid terjadi fitnah 'Alawiyyin
yang mengakibatkan seluruh 'Alawwiyyin di usir dari Yaman termasuk Imam
Syafi'e, beliau bersama dengan rombongan 'Alawiyyin dibawa ke Iraq
dengan di ikat sambil di siksa. Selepas keluar dari penjara beliau
belajar dari para ulama'-ulama' di sana seperti Imam Muhamamad bin
Al-Hasan.
Ketika pemerintahan Al-makmun yang dikuasai oleh para
ulama' ahli kalam dan merebak banyak bid'ah, beliau pergi ke Mesir dan
beliau membuka halaqah di masjid Amr bin Al-'Ash. Selain itu beliau juga
bertemu dengan Imam Ahmad bin Hambal dan saling mengambil ilmu diantara
keduanya.Wafatnya Imam Asy-Syafi'e pada akhir bulan Rejab tahun 204H
dan dimakamkan di mesir. Wallahu A''lam.
No comments:
Post a Comment