PETUA UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN SENGGUGUT
1.Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan
coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid. Minuman berkafein
mempengaruhi sistem saraf wanita.
2.Mengambil makanan yang
berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana
kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu
penghasilan hormon serotonin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan
gangguan tidur.
3.Melakukan senaman yang lebih agresif dari
biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan
jumlah denyutan jantung. Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak
hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi
ketika haid.
4.Mengurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.
5.Mengurangkan pengambilan garam dan makanan masin. Mengikut kajian
University of Philadelphia, garam boleh menyebabkan penahanan air dan
pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.
6.Banyakkan minum susu. Minum sebanyak 1000mg susu sehari dapat
membantu mengurangkan kejang perut. Kalsium yang terkandung dalam susu
tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin
yang mampu menenangkan perasaan.
7.Amalkan makan makanan yang
mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna. Vitamin B6 ini telah
terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin. Kurangnya
pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan,
memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.
...share dari Informasi Kesihatan..
(semoga bermanfaat)
No comments:
Post a Comment